Selasa, 26 Oktober 2010

ANTARA PENYAKIT, DOKTOR & TAKDIR ALLAH

ASSALAMUALAIKUM WBT
Bertemu kembali...

Dari minggu lepas, masa lapang mala banyak terisi dengan menelaah isi kandungan buku Panduan Perubatan Nabi. Karya Ibnul Qayimal Al Jauziah. Terima kasih pada supplier buku hub halal, Ust Faizal yang bersungguh membantu untuk mendapatkannya.

Antara petikan yang ingin mala kongsi hari ini berkaitan usaha kita berubat, kedudukan DOKTOR @TABIB @ HERBALIS juga takdir yang DIA cipta.

"Jika sembuhnya penyakit merupakan takdir ALLAH,maka berubat sebenarnya tidak memberikan erti apa-apa (tidak berguna) sama sekali. Penyakit itu terjadi kerana takdir ALLAH dan takdir ALLAH tidak mungkin ditolak." Inilah penyataan yang pernah dikemukakan oleh sekelompok orang-orang Arab kepada Rasullullah S.A.W.
Jawapan Nabi yang singkat tapi jelas inilah yang ingin sangat mala kongsi bersama.

" Perubatan yang dilakukan adalah kerana takdir ALLAH.Tidak ada suatu pun yang keluar dari takdir ALLAH tetapi yang dilakukan adalah menolak takdir dengan takdir juga. Tiada ada jalan untuk keluar dari takdir ALLAH melainkan dengan takdir ALLAH juga."
Hal ini dapat dicontohkan dengan jelas seperti menolak takdir lapar dan haus dengan melakukan takdir makan dan minum, menolak takdir musuh dengan melawannya.Semuanya adalah takdir ALLAH,baik menolak, yang ditolak mahupun pekerjaan menolak itu sendiri.

Sahabat-sahabat,

Yakinlah dengan hadis " Li kulli Daa-in Dawaa-un" (Setiap penyakit ada ubatnya).

Di sinilah juga perlunya peranan para doktor, tabib, mual'lij mahupun herbalis...

Dalam sejarah Bani Israil menceritakan:

 Nabi Ibrahim bertanya kepada ALLAH:
'Wahai Tuhanku! Dari siapakah datangnya penyakit itu?"
ALLAH menjawab dengan firmannya:
"Dari AKU ."
Nabi Ibrahim bertanya lagi,

"Dan dari siapakah datangnya ubat itu? "
ALLAH menjawab,

"Dari AKU ."
Nabi Ibrahim selanjutnya bertanya lagi,

" Maka bagaimana kedudukan doktor dalam hal ini? "
ALAH menjawab dengan firmannya,

"Doktor adalah seseorang yang mendapat kiriman ubat di atas tangannya."
Jadi, sekadar ingatan diri jangan mudah putus asa. Untuk yang sedang sakit, mencari penawar... Yakinlah, Usahalah,Carilah ubat itu...

Moga kesembuhan milik kita semua. Bukan hanya penyakit zahir yang lebih utama penyakit hati...

Mohon ulasan dari yang lebih 'ahli'... JUMPA LAGI,Insya ALLAH.. :)

Sabtu, 23 Oktober 2010

ASSALAMUALAIKUM...

Syukur alhamdulillah, berjaya juga akhirnya mala buat blog sendiri. Kredit pada Kak Tini yang banyak membantu. Jazakallah. :)

Sesuai dengan nama, blog ni dicipta utk berkongsi maklumat terutama berkaitan dengan perubatan JAWI yang cuba mala ketengahkan...

Maaf, tidak banyak yang dapat ditulis pada coretan yang pertama kerana kepenatan.

Ada pesakit datang berbekam tadi.

Moga berjumpa di lain waktu insyaallah.. ;)