Khamis, 30 Jun 2011

Pisang Penyelamat!!!

Semalam mala tak dapat g kerja. Leher mala kejang tiba-tiba. Dah jadi macam Robocop lak..Time solat ar agak seksa. Jenuh bubuh Krim But-But, sapu, urut tapi tidak berkesan. Ayah tengok cam kronik je, ayah suruh pergi Klinik.

Mula nak pergi Poliklinik Slim River ja, tapi melaut punya orang..kita lak macam Robocop, tak ke sudah ajak ayah pergi Dr Sharul. Sampai klinik dalam jam 9.00 pagi (Setelah apply cuti sesuka aty dengan bos kesayangan Pn Harisah Sidek, haha..)

Sampai turn, Dr tanya apa kes. Rupanya,bila dia explain kejang @ krem pada otot2 ni boleh terjadi bila:

1.Kekurangan air dalam badan
2.Kandungan potassium yang diperlukan badan tidak mencukupi
3.Kandungan Kalsium yang diperlukan badan tidak mencukupi

Senang cerita, bila tak cukup air, kalsium n garam krem la otot. Kalau dibiarkan melarat, boleh membawa kepada terkehel tiba-tiba. Ubat paling mudah katanya makanlah pisang banyak2.

Dalam pisang ada sumber potassium yang diperlukan badan.Tang air n kalsium dia galakkan ambik 100plus & diberinya pil kalsium.

Cerita punya cerita, parah gak la RM35 ++ ilmu2 yang baru. Alhamdulillah. ;)

Keluar klinik, g kedai ar beli seikat pisang berangan. Rekod peribadi gak la semalam makan sampai 5 biji, huhu..Nak sihat punya pasal. Hanya berusaha, Tuhan Yang Maha Baik gak punya kuasa.

Pengajarannya, Tumbuhan secomey pisang yang Allah ciptakan pun ada 1001 kegunaan untuk kita yang lemah-hina-dina ini. Syukurla banyak2, alhamdulillah.

                                          Saat ini, saya sudah jatuh hati sama pisang. Hidup Pisang!!!