Selasa, 10 Julai 2012

Banyak yang perlu diambil kira

Macam beli ikan.

Jujurnya semua nak ikan segar, harga rendah, layanan yang baik..

Insang ditengok, mata dibelek, harga ditanya, gaya penjual diperhati..

Pendek crite semua yang terbaik.

Begitu juga hari ini, hanya beranikan diri mencuba.

Kalau ini yang ditakdirkan Allah yang terbaik, belajar redha sajalah.

Ya Allah, Hanya Engkau tahu apa inginku..Ameen.

Isnin, 9 Julai 2012

Hari datang lagi untuk kita belajar sesuatu!!!

Hari ni dah 10 Julai 2012.

Tinggal lebih kurang 2 minggu nak berpuasa.

Banyak masa dah ditinggal..hampir nak 27 umur mala.

Bulan ni juga genap setahun bekerja di sini.

Macam-macam ragam dapat dilihat di sini.

Sangat banyak perkara baru boleh dipelajari di sini.

Kata kunci yang rasa dengan ragam setahun ni adalah 'beringatla'.

Kat sini zahir luaran sume tiptop.

Bila discan ada jenis makan kawan, hanya pandai cari kita time susah, ada yang sangat baik & setia.

Benda ni ingatkan mala yang betul-betul leh scan ketulenan hati kita hanyalah Allah.

 Ikhlas @ menunjuk hanya Dia tau..

Azam Puasa kali ni nak jadi >baik.

Dari percakapan, tutur kata tindakan nak > baik dari yang lampau.

Ya Allah, Permudahkanlah... Ameen.

Jumpa lagi.