Selasa, 10 Julai 2012

Banyak yang perlu diambil kira

Macam beli ikan.

Jujurnya semua nak ikan segar, harga rendah, layanan yang baik..

Insang ditengok, mata dibelek, harga ditanya, gaya penjual diperhati..

Pendek crite semua yang terbaik.

Begitu juga hari ini, hanya beranikan diri mencuba.

Kalau ini yang ditakdirkan Allah yang terbaik, belajar redha sajalah.

Ya Allah, Hanya Engkau tahu apa inginku..Ameen.

Isnin, 9 Julai 2012

Hari datang lagi untuk kita belajar sesuatu!!!

Hari ni dah 10 Julai 2012.

Tinggal lebih kurang 2 minggu nak berpuasa.

Banyak masa dah ditinggal..hampir nak 27 umur mala.

Bulan ni juga genap setahun bekerja di sini.

Macam-macam ragam dapat dilihat di sini.

Sangat banyak perkara baru boleh dipelajari di sini.

Kata kunci yang rasa dengan ragam setahun ni adalah 'beringatla'.

Kat sini zahir luaran sume tiptop.

Bila discan ada jenis makan kawan, hanya pandai cari kita time susah, ada yang sangat baik & setia.

Benda ni ingatkan mala yang betul-betul leh scan ketulenan hati kita hanyalah Allah.

 Ikhlas @ menunjuk hanya Dia tau..

Azam Puasa kali ni nak jadi >baik.

Dari percakapan, tutur kata tindakan nak > baik dari yang lampau.

Ya Allah, Permudahkanlah... Ameen.

Jumpa lagi.

Rabu, 20 Jun 2012

1 SYAABAN ..ANTARA SIANG DAN MALAM

ASSALAMUALAIKUM.. Jumpa lagi semua.

Pagi ni Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat hati sekian lama nak join kuliah subuh Ust Tarmizi. Dapat g dengan mak tadi..Pada 1 Syaaban yang indah!!!

Hari ni kuliah berkisar tentang Tafsiran Ayat Surah An-Nur. Tentang mati, siang dan malam. Menurut Ust, kematian itu sesuatu yang pasti pada setiap orang. Lumrah hidup, setiap yang datang akan kembali semula ke tempat asalnya. Contoh: dari rumah ke tempat kerja, akhirnya cukup waktu pulang semula ke rumah. Begitu juga hal kelahiran & kematian kita,Allah pinjamkan kita ke dunia selama 30, 50 mahupun 65 tahun untuk kita bertugas sebagai khalifah, hamba mahupun wakil pentadbir alam.

Adatnya, ada yang bertugas dengan cemerlang. Menjadi hamba Allah yang taat, solat puasa zakat haji ditunai sesempurna mungkin. Golongan in mudah hisabannya di akhirat nanti & memperoleh hadiah terhebat dari Allah yakni Syurga Dia. Adapun golongan yang didatangkan Allah ke dunia menjadikan dunia ini tempat bermain, alpa mengumpul amal pasti menyesal suatu hari nanti. Saat di mana, dia dijemput kembali ke negeri abadi.Dipanggil dalam keadaan dia lagha, membuat maksiat..Pengakhiran yang ditakuti semua orang yakni Suul Khotimah, Nauzubillah.

Kaitan ayat dalam surah An-Nur tadi tentang kejadian siang malam adalah apabila Ust menafsirkan Fenomena pertukaran siang dengan malam berlaku tanpa suatu tanda. Bunyi, dentuman mahupun siren. Adakala tanpa kita sedar, langit sudah pun bertukar warna. Dari cerah ke gelap. Dari jam tujuh pagi masa berlalu ke tujuh malam. Siang itulah simbolik pada kehidupan & malam itulah simbolik tanda kematian. Kematian boleh mendatangi kita pada bila-bila masa.

Conclusionnya, beringat-ingatla pada kematian. Suatu takdir yang sangat pasti pada semua makhluk.Tua, muda, sakit mahupun sihat kematian tiba adakala tanpa signal. Tanpa tanda.

Hari ni 1 Syaaban, kurang sebulan Ramadan bakal menjelang. Tambahkan amal, Kurangkan dosa.

Hayati yang Wajib, Perhebatkan yang Sunat & Tinggalkan yang Haram ++ Makruh.

Siiru A'la Barakatillah... Jumpa Lagi!!!



Selasa, 19 Jun 2012

TeRjAGA kEMbALi!!!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA... JUN 2012, BARU TULIS BALIK BLOG YANG DAH BERHABUK, BERSAWANG NI...FUH..FUH..FUH!!!



MACAM-MACAM JADI, DAH TUKAR KERJAYA..DAH TUKAR TEMPAT KERJA..BLA3..AKAN DICERITAKAN NANTI, INSYAALLAH.

DOANYA SEMUA SIHAT, DIRAHMATI DIBERKATI ALLAH KITA SELALU..AMEEN.



Khamis, 30 Jun 2011

Pisang Penyelamat!!!

Semalam mala tak dapat g kerja. Leher mala kejang tiba-tiba. Dah jadi macam Robocop lak..Time solat ar agak seksa. Jenuh bubuh Krim But-But, sapu, urut tapi tidak berkesan. Ayah tengok cam kronik je, ayah suruh pergi Klinik.

Mula nak pergi Poliklinik Slim River ja, tapi melaut punya orang..kita lak macam Robocop, tak ke sudah ajak ayah pergi Dr Sharul. Sampai klinik dalam jam 9.00 pagi (Setelah apply cuti sesuka aty dengan bos kesayangan Pn Harisah Sidek, haha..)

Sampai turn, Dr tanya apa kes. Rupanya,bila dia explain kejang @ krem pada otot2 ni boleh terjadi bila:

1.Kekurangan air dalam badan
2.Kandungan potassium yang diperlukan badan tidak mencukupi
3.Kandungan Kalsium yang diperlukan badan tidak mencukupi

Senang cerita, bila tak cukup air, kalsium n garam krem la otot. Kalau dibiarkan melarat, boleh membawa kepada terkehel tiba-tiba. Ubat paling mudah katanya makanlah pisang banyak2.

Dalam pisang ada sumber potassium yang diperlukan badan.Tang air n kalsium dia galakkan ambik 100plus & diberinya pil kalsium.

Cerita punya cerita, parah gak la RM35 ++ ilmu2 yang baru. Alhamdulillah. ;)

Keluar klinik, g kedai ar beli seikat pisang berangan. Rekod peribadi gak la semalam makan sampai 5 biji, huhu..Nak sihat punya pasal. Hanya berusaha, Tuhan Yang Maha Baik gak punya kuasa.

Pengajarannya, Tumbuhan secomey pisang yang Allah ciptakan pun ada 1001 kegunaan untuk kita yang lemah-hina-dina ini. Syukurla banyak2, alhamdulillah.

                                          Saat ini, saya sudah jatuh hati sama pisang. Hidup Pisang!!!

Isnin, 16 Mei 2011

Keroje..Keroje...Keroje!!!!

Salam semua. Hari ni Wesak Day,tapi mala kena kerja. Dok rumah pun bukan watpe pun. Orait ar tu,

Tapi, tengah bulan, customer kurang. So, agak B.O.S.A.N!!!!!

                                Comey kan gambar atas ni? Kutip kat blog Mamat Khalid, huhu..



                                         Apa nak buat... apa nak buat... apa nak buat.... ?????

                                                     Nak layan movie ka..sambung menyulam????

                                                                      Keep Thinking...

                                                                  Jumpa lagi, (^____*)


Ahad, 15 Mei 2011

Air mata ini akan kering akhirnya... PASTI!!!

Setiap hari kita diuji, dengan berita gembira, kadang kala dengan berita yang kita sendiri tak sanggup nak dengar. Langit tak selalu cerah. Adakala menung berarak, adakala petir menyinggah.Adakah kita akan mengamuk, menangis tak sudah.. Jawapan ada pada diri. Tepuk dada tanya iman.


 Mala pun tak pasti kenapa isu ini keluar kali ni. Mungkin sedih sangat kot. Bila kita dihukum atas sebab yang tak pasti. Bila kita dihina, dimaki seolah kita insan yang baru keluar dari Pusat Serenti.

Siapa la kita untuk menolak apa yang direncanakan oleh Pemilik Takdir. Apa yang mampu kita doa, harap kita yang kerdil ini dianugerahkan ketabahan, kekuatan iman bukan mohon dikurangkan ujian. Ujian pasti datang, dalam apa saja bentuk, Cuma satu yang perlu diyakini,dengan pasti, ujian tidak akan sekali melebihi kudrat, upaya kita sebagai hamba. Setiap kita ada hadnya..yakinlah mendung tak selamanya singgah, hati yang luka tak selamanya berdarah.


Satu hari, pelangi kan muncul juga. Sapu la air mata. Cekalkan hati. Dunia bukan tempat kita, akhirat juga dinanti untuk segala hitungan yang pasti tiada salah, kurangnya.
Hari ni, kita dianiaya. Kita dimaki, dicaci tanpa ada rasional,esok mungkin hari kita. Mereka mungkin dibalas cara yang sama, mungkin juga lebih teruk lagi tapi dengan orang yang berlainan. What goes around,Comes around. That's golden rule...

                                                         So, kuatkan semangat. Senyum.. ;)


                                        Kuatkan azam, cekalkan hati..Berani membina Impian!!!


                                                                      Chayok2 SEMUA!!!!!