Selasa, 10 Julai 2012

Banyak yang perlu diambil kira

Macam beli ikan.

Jujurnya semua nak ikan segar, harga rendah, layanan yang baik..

Insang ditengok, mata dibelek, harga ditanya, gaya penjual diperhati..

Pendek crite semua yang terbaik.

Begitu juga hari ini, hanya beranikan diri mencuba.

Kalau ini yang ditakdirkan Allah yang terbaik, belajar redha sajalah.

Ya Allah, Hanya Engkau tahu apa inginku..Ameen.

Isnin, 9 Julai 2012

Hari datang lagi untuk kita belajar sesuatu!!!

Hari ni dah 10 Julai 2012.

Tinggal lebih kurang 2 minggu nak berpuasa.

Banyak masa dah ditinggal..hampir nak 27 umur mala.

Bulan ni juga genap setahun bekerja di sini.

Macam-macam ragam dapat dilihat di sini.

Sangat banyak perkara baru boleh dipelajari di sini.

Kata kunci yang rasa dengan ragam setahun ni adalah 'beringatla'.

Kat sini zahir luaran sume tiptop.

Bila discan ada jenis makan kawan, hanya pandai cari kita time susah, ada yang sangat baik & setia.

Benda ni ingatkan mala yang betul-betul leh scan ketulenan hati kita hanyalah Allah.

 Ikhlas @ menunjuk hanya Dia tau..

Azam Puasa kali ni nak jadi >baik.

Dari percakapan, tutur kata tindakan nak > baik dari yang lampau.

Ya Allah, Permudahkanlah... Ameen.

Jumpa lagi.

Rabu, 20 Jun 2012

1 SYAABAN ..ANTARA SIANG DAN MALAM

ASSALAMUALAIKUM.. Jumpa lagi semua.

Pagi ni Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat hati sekian lama nak join kuliah subuh Ust Tarmizi. Dapat g dengan mak tadi..Pada 1 Syaaban yang indah!!!

Hari ni kuliah berkisar tentang Tafsiran Ayat Surah An-Nur. Tentang mati, siang dan malam. Menurut Ust, kematian itu sesuatu yang pasti pada setiap orang. Lumrah hidup, setiap yang datang akan kembali semula ke tempat asalnya. Contoh: dari rumah ke tempat kerja, akhirnya cukup waktu pulang semula ke rumah. Begitu juga hal kelahiran & kematian kita,Allah pinjamkan kita ke dunia selama 30, 50 mahupun 65 tahun untuk kita bertugas sebagai khalifah, hamba mahupun wakil pentadbir alam.

Adatnya, ada yang bertugas dengan cemerlang. Menjadi hamba Allah yang taat, solat puasa zakat haji ditunai sesempurna mungkin. Golongan in mudah hisabannya di akhirat nanti & memperoleh hadiah terhebat dari Allah yakni Syurga Dia. Adapun golongan yang didatangkan Allah ke dunia menjadikan dunia ini tempat bermain, alpa mengumpul amal pasti menyesal suatu hari nanti. Saat di mana, dia dijemput kembali ke negeri abadi.Dipanggil dalam keadaan dia lagha, membuat maksiat..Pengakhiran yang ditakuti semua orang yakni Suul Khotimah, Nauzubillah.

Kaitan ayat dalam surah An-Nur tadi tentang kejadian siang malam adalah apabila Ust menafsirkan Fenomena pertukaran siang dengan malam berlaku tanpa suatu tanda. Bunyi, dentuman mahupun siren. Adakala tanpa kita sedar, langit sudah pun bertukar warna. Dari cerah ke gelap. Dari jam tujuh pagi masa berlalu ke tujuh malam. Siang itulah simbolik pada kehidupan & malam itulah simbolik tanda kematian. Kematian boleh mendatangi kita pada bila-bila masa.

Conclusionnya, beringat-ingatla pada kematian. Suatu takdir yang sangat pasti pada semua makhluk.Tua, muda, sakit mahupun sihat kematian tiba adakala tanpa signal. Tanpa tanda.

Hari ni 1 Syaaban, kurang sebulan Ramadan bakal menjelang. Tambahkan amal, Kurangkan dosa.

Hayati yang Wajib, Perhebatkan yang Sunat & Tinggalkan yang Haram ++ Makruh.

Siiru A'la Barakatillah... Jumpa Lagi!!!



Selasa, 19 Jun 2012

TeRjAGA kEMbALi!!!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA... JUN 2012, BARU TULIS BALIK BLOG YANG DAH BERHABUK, BERSAWANG NI...FUH..FUH..FUH!!!



MACAM-MACAM JADI, DAH TUKAR KERJAYA..DAH TUKAR TEMPAT KERJA..BLA3..AKAN DICERITAKAN NANTI, INSYAALLAH.

DOANYA SEMUA SIHAT, DIRAHMATI DIBERKATI ALLAH KITA SELALU..AMEEN.